Suhaila's FotoPage

By: Suhaila Tahir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Friday, 31-Aug-2007 08:49 Email | Share | | Bookmark
Summer in Japan

maner lebih besar??
bawah kotatsu
ladang himawari
View all 9 photos...


Saturday, 9-Jun-2007 19:28 Email | Share | | Bookmark
Nur Jannah

baruu 2 hari
sebulan...sblm botak daaa
2 bulan..hehee
View all 10 photos...
Nur Jannah.Lahir secara normal di Hospital Besar Batu Pahat pd 7 Mar 2005 seberat 3.1kg, L=50cm, COH=30cm tepat pada jam 1:15pagi.



Sunday, 29-Apr-2007 17:05 Email | Share | | Bookmark
Eichigo Hillside park

Jannah
rakan2 jannah dr Mesia
kami
View all 7 photos...
Hari ini, kami sekeluarga bersama2 abg sukri & abg ariffin sekeluarga pergi piknik di Eichigo Hillside park.Masing2 membawa "bento" masing2.

Terdapat banyak bunga tulip disini, tetapi disebabkan terlalu ramai rakyat Jepun yg turut sama berpiknik, susah gak nak mendapatkan shoot yg menarik.

Su lihat orang Jepun ni suka bawak anak2 diorang main kat taman, piknik2 bila ujung minggu.

Terdapat banyak permainan kanak2 di Eichigo Hillside Park ini.Selalunya masuk kena bayar, arini diorang free lak sbb ada Tulip festival.Jannah & Aliyah dua2 kami lekat nama kat baju.Kegunaannya ialah untuk memudahkan pekerja taman mencari ibu ayah anak2 yg menangis sbb tak jumpa ibu ayah mereka.


Tuesday, 10-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sakura

sakura g jambatan
bersama ayahnya
sekeluarga
View all 5 photos...
Rasanya dah dekat 6 tahun tak jumpa real sakura.Akhirnya hari ni awal pagi lagi kami dah g cari port bunga sakura.
Terdapat beberapa tempat sakura yg menarik di Nagaoka ni, tapi my hubby ajak g belakang Nagaoka eki dulu then baru g Yukyuuzan.

Masa mula2 sampai tu takde org la pulak, so bole la amik lama2 sket, menikmati keindahan sakura.Tiba2 ramai la pulak rakyat Jepun yg nak nengok sama bunga kebanggaan mereka ni.

Masa tu juga, si Aliyah dah melalak....tak tahan telinga dengar, amik gambar ala kadar, terus g Yukyuuzan.

Tapi, nak dijadikan cerita, Yukyuuzan sesak la pulak.Diorang tak bagi private car naik atas.Semua kena g naik shuttle bas yg disediakan.Tak kuasa....

Akhirnya, kami pon balik aje la rumah lepas window shopping kat Uniglo.


Saturday, 31-Mar-2007 17:30 Email | Share | | Bookmark
KLIA-Sepang & Narita-Japan

jana n cik ila, cik din
kami
with my family
View all 5 photos...
Hari ni adalah hari kami berangkat ke Jepun.Sejak awal pagi lagi sebok mengemas....tak siap2 lagi.akhirnya nak bawak apa pon tak tau.
Lebih kurang pkol330 kami bertolak dr Senggarang.Abg Khir n family+Abg Din+Jalil+Ayem+mak simpang antar kami(3 kereta).Mak + Bapak Jais tak ikut ngantar.Sedih gak tengok Jannah, dia blom tau apa2 lagi.Harap2 dia tak meragam bila dah tiba Jepun atau dlm kapal terbang.Tiba di airport, K Huda n family, Adik n K kristy pon ada sama.

Masa turun check in tu, Jannah tak sudah2 melambai, sian lak tengok dia.
Alhamdulillah, masa dlm craft Jannah terus tido & tak meragam.Aliyah pon sama.Tapi maybe sbb sejuk sgt, dia tak nak sangat tido kat baby bed...terpaksalah pangku dia.Sakit2 badan gak sbb seat kecil.


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net